Tuesday, November 8, 2011

Flareniz Network Sdn Bhd

Sinar Niaga merupakan satu projek kerjasama di antara Flarebiz Network Sdn. Bhd. dan Sinar Inspirasi Niaga Sdn. Bhd. Sinar Niaga merupakan satu laman web yang menawarkan peluang menjana pendapatan kepada orang ramai dengan menjual produk menggunakan konsep dropship.

Kami telah memudahkan ratusan ahli untuk menjual produk secara online ataupun offline kerana mereka boleh menjual tanpa perlu menyimpan stok, memproses tempahan dan menghantar produk.

Sinar Niaga menawarkan kepada ahli ratusan produk yang mempunyai permintaan tinggi dengan harga borong. Jumlah produk ini akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Sebahagian besar produk adalah hasil produksi sendiri dengan adanya sebuah kilang pakaian di Bangkok, Thailand.

Selain itu, kami juga membuka peluang kepada pemilik produk untuk menjadi vendor di Sinar Niaga. Dengan ini Sinar Niaga dapat mempelbagaikan lagi pilihan produk kepada para ahli untuk dipasarkan kepada pelanggan mereka.

Untuk sebarang pembelian sila layari http://www.eshop.sinarmall.com/

.

Selamat Hari Raya Aidiladha


Salam & hai.



Pihak Sinar Niaga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya anda ahli Sinar Niaga.
Kami akan bercuti selama 5 hari bermula daripada 4hb November 2011 sehingga 8hb November 2011. Segala tempahan di dalam tempoh tersebut tidak akan di proses.
Tempahan akan mula di proses apabila kami kembali bekerja iaitu pada9hb November 2011. Operator bantuan juga akan turut bercuti di dalam tempoh yang sama.
Segala tiket bantuan teknikal juga akan di jawab sekembalinya kami bekerja. Selamat bercuti dan selamat hari raya!

26 Design Baru Tudung Syria Carlesha

Salam & hai.



Kini ada penambahan produk bagi Tudung Syria Carlesha dengan 26 design dan wajah model yang baru. Pihak vendor maklumkan penambahan ini sejajar dengan sambutan yang baik terhadap tudung Carlesha yang sebelum ini.
Kali ini stock yang ada juga banyak sehingga ada 10 unit bagi setiap design, pun begitu jumlah ini masih kecil lagi untuk menampung permintaan ahli Sinar Niaga. Jadi, siapa cepat dia yang dapat.

Untuk sebarang pembelian sila layari http://www.eshop.sinarmall.com/

Kit Jenazah Ar-Raudah


Salamm & hai.



Nampaknya satu lagi produk yang unik di masukkan di dalam Sinar Niaga untuk dipasarkan oleh anda iaitu Kit Lengkap Pengurusan Jenazah. Produk ini merupakan satu keperluan kepada semua umat Islam.
Pengurusan jenazah adalah merupakan salah satu perkara fardhu kifayah bagi umat Islam. Seperti yang telah sedia maklum, adalah menjadi kewajipan bagi kita semua untuk menguruskan jenazah saudara muslim yang telah meninggal dengan sempurna.
Kit Jenazah Ar-Raudah ini dijual dengan harga RM160 termasuk kos penghantaran. Buat masa ini Kit Jenazah ini hanyalah untuk dewasa dan sama bagi kegunaan lelaki mahupun perempuan.
Senarai yang ada di dalam Kit Jenazah ini ialah:
1. Kain Kapan (Siap dipotong)
2. Kapur Barus
3. Pati Air Mawar
4. Sabun Mandi Taharah
5. Serbuk Cendana
6. Minyak Atar
7. Putik Kapas
8. Sarung Tangan
9. Kapas
10. Celak (kegunaan jenazah wanita)
Pihak kami akan jangkakan produk ini akan laris sepertimana Digital Al-Quran yang mana kami terpaksa memproses ‘order’ setiap hari. Anda jangan risau kerana stok bagi Kit Jenazah ini mencukupi.
Jumpa lagi dengan penambahan produk seterusnya!

Untuk sebarang pembelian sila layari http://www.eshop.sinarmall.com/


Telekung Sulam Eksklusif


Salam & hai.



Kini anda boleh pasarkan telekung sulam eksklusif daripada vendor Elisa Collection yang telah menyenaraikan 5 jenis telekung untuk anda pasarkan. Bagi kami telekung sulam ini sangat eksklusif kerana sulamannya sangat cantik.
Telekung sulam ini di jual dengan harga cadangan daripada pihak kami ialah RM85 dan anda boleh menikmati keuntungan sehingga 20% daripada harga produk.
Telekung ini juga diperbuat daripada bahan polimore yang tidak panas untuk di pakai. Labuh telekung dan labuh kain ialah 42 inci.
Jumpa lagi dengan penambahan produk seterusnya!

Untuk sebarang pembelian sila layari http://www.eshop.sinarmall.com/

Jubah Moden Manik


Salam & hai.


Di atas permintaan ahli Sinar Niaga, pihak kami telah berusaha untuk masukkan jubah moden ini di dalam Sinar Niaga. Alhamdulillah, kami telah temui vendor untuk masukkan 6 jenis jubah moden terlebih dahulu untuk ahli Sinar Niaga ‘test market’.
Jubah Moden Manik ini di perbuat daripada material Chiffon & Linning yang amat selesa untuk di pakai dalam apa jua situasi. Jubah ini diketengahkan dengan pilihan warna yang sangat segar dan memberi kelainan kepada si para muslimah.
Jubah ini di datangkan dengan tiga saiz iaitu Small, Medium & Large. Setiap ukuran tepat bagi bahu, dada, labuh jubah dan sebagainya, boleh lihat di Sinar Mall masing-masing.
Seperti biasa, 6 jenis jubah moden yang menarik ini juga mempunyai stok yang terhad jadi pihak Sinar Niaga sarankan kepada anda agar cepat bertindak agar produk ini tidak kehabisan stok sepertimana produk-produk lain sebelum ini.
Jika mendapat sambutan yang menggalakkan, pihak vendor telah berjanji untuk pelbagaikan lagi koleksi jubah moden manik ini. Harga yang ditawarkan juga lebih murah daripada harga pasaran.

Temubual Eksklusif Bersama Hafizi Zain

Salam & hai.


Pada ramadhan yang lepas, pihak kami telah berkesempatan untuk menemubual seorang usahawan produk fizikal yang tidak asing lagi di dalam arena perniagaan internet tempatan iaitu saudara Hafizi Zaindaripada BigTeddyBear2u.com.
Beliau merupakan salah seorang usahawan yang cukup bersemangat dan kreatif pernah kami kenal yang mana gerak kerja beliau sentiasa melangkah setapak lebih awal daripada usahawan lain.
Di dalam temubual berbentuk audio ini, beliau telah berkongsi sesuatu yang jarang-jarang di dedahkan iaitu mengenai teknik pemasaran yang beliau gunakan sehinggakan laman web jualan beliau sentiasa mendapat tempahan.
Malah, beliau juga berkongsi bagaimana Fan Page ‘Saya Suka Teddy Bear‘ milik beliau mendapat belasan ribu like dan cara untuk menukarkan pelawat tersebut menjadi pelanggan.
Malah ada beberapa lagi teknik pemasaran yang beliau kongsikan dengan para pendangar membuatkan pihak kami turut teruja untuk mendengarnya berkali-kali.
Anda boleh muat turun temubual eksklusif ini di forum tertutup Sinar Niaga. Namun, temubual ini hanya boleh di dengari oleh ahli Sinar Niaga sahaja.

Masa Proses Tempahan Anda?

Salam & hai.



Entri kali ini bagi menjawab persoalan sebahagian pelanggan yang bertanya mengenai waktu pihak kami memproses tempahan yang diperolehi dan berapa lama produk akan sampai kepada para pelanggan.
Pihak Sinar Niaga akan memproses tempahan anda pada waktu seperti berikut:
Isnin – Jumaat: 9 pagi – 6 petang.
Sabtu: 9 pagi – 2 petang.
Ahad: Tidak di proses.
Buat masa ini, sebarang tempahan produk akan di proses berdasarkan masa di atas. Jika anda membuat tempahan pada jam 3 pagi, maka tempahan akan di proses bermula jam 9 pagi hari bekerja.
Tempoh untuk produk sampai kepada pelanggan anda pula berbeza-beza mengikut produk. Majoriti produk akan sampai dalam tempoh 1-3 hari bekerja kerana kami menggunakan Pos Laju.
Namun, ada sebahagian produk seperti Teddy Bear dan Corelle akan mengambil masa sehingga 7 hari untuk sampai kepada para pelanggan kerana kami menggunakan kurier lain selain pos laju.

Lima Jenis Teddy Bear Baru


Salam & hai.


Nampaknya koleksi teddy bear terus bertambah berdasarkan permintaan hangat para ahli Sinar Niaga. Pihak vendor telah menambah 5 jenis teddy bear baru untuk anda pasarkan.



Kami menerima feedback daripada ahli yang mana mereka cukup senang dengan nama-nama yang telah diberikan kepada teddy bear ini oleh vendor. Kami bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan vendor yang cukup kreatif!

Tudung Syria Carlesha

Salam & hai.



Produk terkini yang dimasukkan ialah Tudung Syria Floral daripada vendor Carlesha. Terdapat lebih 20 jenis tudung yang dimasukkan dengan warna dan corak yang berbeza.
Berdasarkan pengalaman kami, produk daripada Carlesha akan laku seperti pisang goreng yang panas dan di harap semua ahli Sinar Niaga dapat melakukan promosi dengan segera bagi produk ini. ;)
Dukacita dimaklumkan, stok tudung ini adalah sangat terhad dan jangan terkejut jika anda lihat sudah ada yang mula out of stock dengan cepat.

Tuan-tuan & puan-puan,
Untuk tempahan sila klik : http://eshop.sinarmall.com/

Sinar Niaga Di APEC YES 2011

Salam & hai.


Sinar Niaga telah melangkah setapak lagi apabila dijemput untuk mengetengahkan model perniagaan ini di APEC Young Entrepreneur Summit (YES) 2011 dalam sesi Creative Art.
Di dalam sesi Creative Art ini, 4 orang speaker akan mengetengahkan idea kreatif masing-masing iaitu Datin Seri Tiara Jacquelina (pelakon & penerbit filem), Tuan Haji Burhanuddin (Pengarah Urusan Les’ Copaque), Leon Tan (Direktor Tripod Entertainment) dan Adly Mukhtar (CEO, Flarebiz Network).
Di dalam sesi ini, saudara Adly Mukhtar telah menerangkan rentetan perjalanan beliau di dalam industri perniagaan internet sehingga mencetuskan idea untuk menghasilkan projek Sinar Niaga bersama Sinar Inspirasi.
Sedikit gambar sepanjang sesi ini…







Para peserta yang hadir daripada 21 buah negara begitu tertarik dengan konsep yang disampaikan ini yang mana bagi mereka ini adalah satu inovasi khususnya di dalam dunia perniagaan.
Pihak kami bersyukur kerana mendapat peluang untuk mengetengahkan Sinar Niaga di mata dunia sebagai mewakili industri perniagaan internet tempatan dan sekaligus dapat menjadi inspirasi buat para usahawan lain untuk lebih maju kehadapan.
Ini adalah kebanggan kita semua yang mana bermaksud kita perlu berusaha lebih kuat untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.