Sinar Niaga merupakan satu projek kerjasama di antara Flarebiz Network Sdn. Bhd. dan Sinar Inspirasi Niaga Sdn. Bhd. Sinar Niaga merupakan satu laman web yang menawarkan peluang menjana pendapatan kepada orang ramai dengan menjual produk menggunakan konsep dropship.
Kami telah memudahkan ratusan ahli untuk menjual produk secara online ataupun offline kerana mereka boleh menjual tanpa perlu menyimpan stok, memproses tempahan dan menghantar produk.
Sinar Niaga menawarkan kepada ahli ratusan produk yang mempunyai permintaan tinggi dengan harga borong. Jumlah produk ini akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Sebahagian besar produk adalah hasil produksi sendiri dengan adanya sebuah kilang pakaian di Bangkok, Thailand.
Selain itu, kami juga membuka peluang kepada pemilik produk untuk menjadi vendor di Sinar Niaga. Dengan ini Sinar Niaga dapat mempelbagaikan lagi pilihan produk kepada para ahli untuk dipasarkan kepada pelanggan mereka.
Untuk sebarang pembelian sila layari http://www.eshop.sinarmall.com/
.
No comments:
Post a Comment