Tuesday, November 8, 2011

Temubual Eksklusif Bersama Hafizi Zain

Salam & hai.


Pada ramadhan yang lepas, pihak kami telah berkesempatan untuk menemubual seorang usahawan produk fizikal yang tidak asing lagi di dalam arena perniagaan internet tempatan iaitu saudara Hafizi Zaindaripada BigTeddyBear2u.com.
Beliau merupakan salah seorang usahawan yang cukup bersemangat dan kreatif pernah kami kenal yang mana gerak kerja beliau sentiasa melangkah setapak lebih awal daripada usahawan lain.
Di dalam temubual berbentuk audio ini, beliau telah berkongsi sesuatu yang jarang-jarang di dedahkan iaitu mengenai teknik pemasaran yang beliau gunakan sehinggakan laman web jualan beliau sentiasa mendapat tempahan.
Malah, beliau juga berkongsi bagaimana Fan Page ‘Saya Suka Teddy Bear‘ milik beliau mendapat belasan ribu like dan cara untuk menukarkan pelawat tersebut menjadi pelanggan.
Malah ada beberapa lagi teknik pemasaran yang beliau kongsikan dengan para pendangar membuatkan pihak kami turut teruja untuk mendengarnya berkali-kali.
Anda boleh muat turun temubual eksklusif ini di forum tertutup Sinar Niaga. Namun, temubual ini hanya boleh di dengari oleh ahli Sinar Niaga sahaja.

No comments:

Post a Comment